Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Mar 6, 2011

Dosa Mengumpat...

Bermacam ragam manusia di muka bumi ni...ada yang nampak jahat,,tapi miliki hati yang baik,,,ada yang nampak baik,,,tapi punya hati yang busuk,,,Semakin kita dewasa kita akan jumpa dengan bermacam ragam orang di muka bumi ini,,,Antara yang paling saya tidak sukai adalah orang yang suka menjaga tepi kain orang dan mengumpat2 di belakang,,,Orang sebegini seakan tidak sedar akan dosa2 yang diumpat,,,seolah mengumpat itu perkara biasa dan menjadi hiburan mereka,,,walhal telah termaktub dalam Al-Quran mengumpat itu adalah tergolong dalam dosa besar...kerana mengumpat bukan sahaja mengaibkan seseorang malah dapat memutuskan silaturrahim antara manusia....Jagalah lidah,,,kerana walau lembut nya ia,,mampu mengheret kita ke neraka.Ya...Allah...aku memohon perlindungan dariMu dari dosa mengumpat,,,,Semoga Engkau sentiasa memberi peringatan kepada hambaMu ini yang selalu lupa...Amin....

Sep 27, 2010

Terima kasih Ya Allah...Ingatkan aku yang lupa...Bahagia itu milikMu Ya Allah...

Maha suci Allah yang Maha Agung Maha Penyayang...
Di kala Engkau mencampakkan rasa bahagia dalam hatiku...
aku telah alpa,
Seharusnya aku bersyukur atas nikmat kebahagiaan itu...
Di kala Engkau melenyapkan segala resah dalam hatiku...
aku lupa mengucap syukur padaMu...
Nah,sekarang Engkau menegurku dengan lembut,kembalikan semula hati yang lupa itu padaMu,
Sungguh, di kala setiap zarah berkocak hebat di dadaku,
Di kala setiap saraf menjadi kejang segenap penjuru badanku,
Aku mulai lemah dan lemah...sehingga mahu jatuh dan rebah...
Kepalaku berat badanku mulai panas,
Namun otakku mahu juga ligat berfikir...
Bagaimana lagi aku harus luahkan setiap penyeksaan yang aku alami,
Jauh sekali dapat digambarkan dengan perkataan ini,
Di saat tubuhku yang lemah itu,air mataku mengalir,
timbul sekelumit perasaan yang cukup halus,cukup lembut,cukup tenang,
Perasaan apakah itu Ya Tuhanku,
Sudah lama aku dambakan perasaan itu,
air mataku menitis,aku mula menyebut namaMu,
Ya Rabb,Ya Rabb,,,Astaghfirullah,,,Astaghfirullah...
aku bermimpi...Mimpi yang setiap aku menyebut namaMu,
keluar seekor bangau yang cantik,
Bangau putih yang menghiasi kolam di mana aku bersiram di situ,
Ya Allah,cantiknya pemandangan itu,
Aku terus menyebut namaMu,
Semakin banyak bangau yang menghiasi kolam itu,
aku cukup gembira,
Terima kasih Ya Allah atas teguranMu,
aku sedar aku tidak mengucap syukur atas nikmat bahagia itu,
aku telah kufur nikmatMu,
Terima kasih Ya Allah,
lama sungguh tidak aku merasa perasaan bahagia ini,
Jauh bahagia perasaan cinta padaMu melebihi bahagia cinta pada hambaMu,
Lama sungguh tidak aku menitiskan air mata rindu padaMu,
seperti air mata kebahagiaan ini,
Terima kasih Ya Allah,mengingatkan aku yang lupa,
Bahagia itu milikMu Ya Allah...
Ingatkan aku yang lupa....

4.24 am....27.09.2010

Aug 16, 2010

Ayat-Ayat Cinta VS Ketika Cinta Bertasbih

Semalam baru sahaja menghabiskan novel "ketika cinta bertasbih 1"...seperti novel ayat-ayat cinta,,,,ianya tidak mengecewakan,,,Saya sememangnya lebih suka membaca novel berbanding filem,,,kerana intipati novel yang digarap lebih menyeluruh dan maksud yang disampaikan lebih mendalam.Suatu ketika zaman saya remaja dulu,,memang saya suka membaca novel..tetapi novel-novel cinta biasa,,,setelah menginjak dewasa saya menjadi bosan membaca novel-novel sebegini...kerana jalan ceritanya lebih kurang sama...Sehinggalah saya menonton filem ayat2 cinta,,,hati kembali tergerak untuk membaca novelnya.Novel islami ini jauh bezanya dibandingkan dengan novel cinta biasa,Jika novel cinta biasa amat mengagungkan cinta sesama manusia,,namun novel islami mengajar kita cinta kepada-Nya yang lebih utama.Saya cukup suka dengan rangkap lagu yang dinyanyikan oleh "Fadhil" kepada "Tiara" dalam majlis perkahwinan Tiara.

"Mari kita sama-sama insaf"
"Cinta Sejati itu tidak menzalimi"
"Cinta Sejati berorientasi redha Ilahi"
"Allah Allah Allahu Rabbi"
"Aku cinta dirimu duhai bidadari"
"Tapi aku lebih cinta Tuhanku,Ilahi,Rabbi"

Apapun,,,tidak sabar untuk membaca..."ketika cinta bertasbih 2..."...harus saya mencarinya....


Jun 28, 2010

Bagaimana mahu menjadi orang yang hebat?

Bagaimana mahu menjadi orang yang hebat?Persepsi saya dahulu, orang yang kaya itu orang yang hebat, mereka mampu memiliki hampir semua yang mereka inginkan.Memandu kereta mewah, tidur di hotel mahal,makan makanan yang sedap dan dapat memiliki barang dan gadget yang mahal.Wah, begitu hebat kehidupan mereka. Namun, apabila saya semakin dewasa, persepsi terhadap orang yang hebat ini berubah. Lebih-lebih lagi apabila saya terbaca kisah adik nik nur madihah (pelajar yang mendapat 20A SPM dahulu)...Hati saya terdetik,,hebat sungguh adik ini.Dia bukanlah orang kaya yang hidup dalam kemewahan,,,tapi  kerana kehidupan yang dicipta sehari-hari itu menjadikan dia seorang yang hebat. Membaca kisah kehidupannya,,,membuatkan saya begitu kagum,,,berpuasa sunat isnin dan khamis sudah menjadi amalan,,apatah lagi bersolat tahajud di tengah malam,,,Ah,,,kalaulah saya...hari saya berpuasa,,itu sudah menjadikan saya lembik dan tidak bermaya untuk bekerja,,,tapi dia membuktikan yang puasa itu tidak semestinya kita harus menjadi lembik dan lemah.Malah,,,menjadi kekuatan untuk berjaya.Memang betul kata orang,,usia itu tidak menjamin kematangan...Selesai membaca kisah kehidupannya,,saya merasa malu sendiri.Jauh dewasa usia saya berbanding dia,,,namun jauh rendahnya kematangan saya berbanding dia.Mahu menjadi orang yang hebat?berusahalah untuk perbaiki amal kita setiap hari...peace

Dec 24, 2009

Adakah solatku diterima?haish,,,takutnye

Bila terbaca artikel di bawah,,tiba2 saya menjadi takut,,,adakah solat saya selama ini diterima,,,atau solat saya nanti akan dibaling ke muka seperti kain yang buruk.Dan tiba2 saya review kembali,,,waktu2 saya bersolat,,,boleh dikatakan sesuka hati,,,selagi ia masih di dalam waktu...haish,,teruknya,,,kenapalah susah sangat nak mendisiplinkan diri sembahyang di awal waktu,,,

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."


Bila membaca hadis Rasulullah,,,di atas,,saya lagilah takut,,,berapa banyak kemurkaan Allah pada saya,,,Ya Allah,,,jauhkan aku dari perbuatan keji dan mungkar...memang saya tak nafikan memang susah untuk menghindar,,,apatah kite berada di laman ruang sosial yang tidak terbatas...Saya juga bukanlah terlalu baik orangnya,,cuma mengharap iman yang nipis di dada.Tapi sekurang-kurangnya saya masih diberi peringatan oleh-Nya setelah kadang-kala tersasar dari jalan-Nya.


10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...