Semalam baru sahaja menghabiskan novel "ketika cinta bertasbih 1"...seperti novel ayat-ayat cinta,,,,ianya tidak mengecewakan,,,Saya sememangnya lebih suka membaca novel berbanding filem,,,kerana intipati novel yang digarap lebih menyeluruh dan maksud yang disampaikan lebih mendalam.Suatu ketika zaman saya remaja dulu,,memang saya suka membaca novel..tetapi novel-novel cinta biasa,,,setelah menginjak dewasa saya menjadi bosan membaca novel-novel sebegini...kerana jalan ceritanya lebih kurang sama...Sehinggalah saya menonton filem ayat2 cinta,,,hati kembali tergerak untuk membaca novelnya.Novel islami ini jauh bezanya dibandingkan dengan novel cinta biasa,Jika novel cinta biasa amat mengagungkan cinta sesama manusia,,namun novel islami mengajar kita cinta kepada-Nya yang lebih utama.Saya cukup suka dengan rangkap lagu yang dinyanyikan oleh "Fadhil" kepada "Tiara" dalam majlis perkahwinan Tiara.
"Mari kita sama-sama insaf"
"Cinta Sejati itu tidak menzalimi"
"Cinta Sejati berorientasi redha Ilahi"
"Allah Allah Allahu Rabbi"
"Aku cinta dirimu duhai bidadari"
"Tapi aku lebih cinta Tuhanku,Ilahi,Rabbi"
Apapun,,,tidak sabar untuk membaca..."ketika cinta bertasbih 2..."...harus saya mencarinya....
No comments:
Post a Comment