Showing posts with label persiapan kahwin. Show all posts
Showing posts with label persiapan kahwin. Show all posts

May 23, 2011

Kad kawen,,,


Tadaaa,,,inilah rupa kad kawin saya,,,sebenarnya dah hampir habis dah di send kepada rakan taulan dan sedara mara,,,i luv the design soo much,,ramai yang puji cantik sgt,,thehehe,,,it just cost rm0.38 per card,,siap dapat free envelope yang cantik lagi,,,lupa laks i nak scan envelope yang cantik tuh,,,mak saya pun suka sgt,,sbb setiap kali gi hantar kad comel ni mesti org puji cantik,,,FYI,,envelope dia cantik,,,sbb cover dia siap ada gambar tepak sirih and bunga color purple pink gitu,,,biasenya envelope kahwin kan kosong aje,,tapi Red Card ni mmg creative,,,,siap ngan envelope2 skali diorang design,,,so,,,five star for the design,,,,tapi mula2 chek deal ngan Red Card ni tensenlah jugak,,sbb kedainya nun jauh di KL..so setiap kali nak ubah suai kena via emel,,so the progress a little bit slow...but,,bila kad dah sampai tu,,,saya senyum sampai telinga,,,,,sangat2 puas hati,,,

Yang belah dalamnye pulak ayat-ayat yang sedikit puitis la,,,cheewah,,,Tapi ada gak yang cakap kad ni macam kad birthday,,and macam kad raya,,,apa2 pun saya suka sbb lain dari yang lain,,,kebanyakan kad kahwin mesti ada cincin,tepak sirih or keris kan,,,but i called this one " MY LOVE CARD",,,sbb ada gambar LOVE-LOVE,,,hehehe.....

May 4, 2011

Budget kahwin...

Hari ini buat pertama kalinya saya ingin menulis tentang budget kahwin,,,saya sebenarnya tidak berapa "gemar" menulis bab2 duit ni,,,sebabnya apa yang saya tulis selalunya tak sama dengan apa yang saya spend...Jadi sia-sia saya rasakan mahu membuat budget yang detail,,,hukhuk...Dulu selalu dengar kat kenduri sepupu kahwin ke,,kawan ke,,,ada le yang bagi nasihat murni "simpanlah duit untuk kahwin,,,nanti banyak duit nak kena guna"...Tapi saya ni degil,,biasele,,,org yang time tu hidup takde boyfriend,,,maka x terfikir pun nak simpan duit utk kahwin,,,Walaubagaimana pun saya x pernah menyesal dengan apa yang saya spend selama ni..(theehehe...biasalah,,,moto hidup shopaholic,,,"Jangan sekali-kali menyesal dengan apa yang kamu belanjakan")...

Dan disebabkan oleh moto itu juga saya masih menjadi pencinta shopping yang tegar,,,(hikhik..)...ok..berbalik pada cite budget kahwin tadi,,,serius,,,saya x de simpanan utk kahwin,,,cuma masa saya mula2 bekerja dulu saya masih ingat saya ada buat potongan ASB sebanyak RM170++/month,,,Amaun ini akan dipotong terus dari akaun saya setiap bulan...dan saya tak boleh keluarkan duit pinjaman ASB ini selama 15 tahun,,,

Tetapi saya telah menutup akaun ini setelah 5 tahun saya mencarum....Saya terpaksa menutup walau tempoh matang belum tiba kerana semata2 untuk buat belanja kahwin,,,Alhamdulillah,,adalah sikit2 duit belanjanya,,,(ditambah dengan duit gaji setiap bulan...)...Sekarang,,,masuk gaji je terus habis beli barang kahwin,,hukhuk

Apa yang saya mahu nasihatkan di sini,,kepada para shopaholic yang x reti nak simpan duit cam saya ni,,,pinjaman ASB mungkin salah satu cara terbaik untuk anda menyimpan duit...sebabnya,,,kite tidak boleh sekali2 mengeluarkan duit tersebut sebelum tempoh matang ..(kire salah satu cara nakdisiplinkan diri lah)...Tapi still boleh keluarkan duit bonus yang kite dapat setiap tahun...(duit bonus setiap tahun tu pun habis sudah saya belanjakan,,,hohoho)

Dan saya mahu menasihati CIK LIANA yang bakal berkahwin tidak lama lagi agar MENGUBAH SIKAP ANDA YANG SANGAT SUKA BERSHOPPING ITU,,,,ZAMAN ENJOY ANDA SUDAH BERAKHIR........

p/s: Tapi shopping barang utkkahwin boleh kan?theeehee

Apr 25, 2011

My checklist!

40 hari lagi,,saya mula merasa sedikit tensen dengan persiapan kahwin,,,cuak,,,semua ni belum beli

Check apa dia yang belum beli?----> Semua perlu beli di KL

1) Kain langsir (bilik pengantin)
2) Kain baju pengapit perempuan
3) Tudung (nikah,sanding,bertandang)
4) Kasut (untuk bertandang dan hantaran)
5) jam tangan (utk abg)
6) penjagaan diri
7) cadar
8) bantal kecik
9) lampu tidur hiasan
10) handbag

CHECKLIST BARANG HANTARAN

Abg kepada Alia                                     Alia kepada abg

1)sirih                                                        1) sirih
2)duit hantaran                                           2) jam
3)gelang                                                     3) cincin
4)kain sutera                                              4) kemeja
5)handbag                                                  5) purse+belt
6)perfumes set                                            6) perfumes set
7)kek                                                         7) kek
8)coklat                                                      8) coklat
9)telekung                                                   9) tuala
10)kasut                                                    10) kasut
11)buah                                                     11) buah
12)kuih                                                       12) kuih
13)set penjagaan diri                                   13) nasi kunyit
                                                                   14) puding
                                                                   15) ?/??

RESEPSI PERSANDINGAN CHECKLIST

1) PA system
2) kompang (guna cd aje)
3) wedding song +Maher zain
4) Bunga Manggar ( putih +purple)
5) Bunga pahar (putih +purple)
6) penanda arah
7) kek kahwin 
8) bekas hantaran kahwin+hiasan 
9) handflowers
10) inner baju 


 P/S:  walau sedikit tensen,,,menghitung hari bahagia itu tetap indah...

How to prevent wedding day disasters!

 Apa yang perlu ada bersama pengantin during wedding day? Here are the important tiny things that should be with u....Check it out!

Believe it or not, the following can all fit into a tiny makeup bag. Most items are inexpensive and available at your standard drug store. Pack one for yourself and your fellow brides-to-be. A fully stocked kit makes a fantastic bridal shower gift!


A tiny mirror… small and portable so you can peek at your look
A handkerchief… for tears, of course
Blotting papers…for shine-free photos
Mints… think of all those people you need to talk to
Eye drops… happy tears make for red eyes
Asprin… for that annoying headache
Straws… so you stay hydrated without smearing your lipstick!

resource: http://shine.yahoo.com/event/the-thread/how-to-prevent-wedding-day

Apr 19, 2011

Malasnya...

Apalah tajuk entri kali ni malas?...hikhik,,,

Malasnya nak update blog,,,bukannye busy sgt tapi x de benda yang menarik nak tulis,,,nak tulis pasal persiapan kahwin,,saya dah bosan,,,sampai satu tahap..saya mengiakan semua yang dicadang oleh mak saya,,malas betul saya ni,,,hikhik....

umi: kak long,,ok tak langsir warna purple ni,,,
saya: oklah tu...
umi: cantik tak warna kain baju melayu nih,,,
saya: oklah tu,,cantik
umi : pegilah cari kain langsir untuk dalam bilik tu...
saya: Ala...malaslah,,,nantilah cari kat kl
umi : kak long,,,nanti kite gi rantau panjang lagi,,,nak beli beg kecik lagi 200 tak cukup...
saya : ah? nak pegi lagi? oklah... (dalam hati,,malasnye...)

Kenapalah saya tetiba malas serba serbi ni,,dulu bukan main suka gi shopping,,,sekarang nak gi shopping malasnya.... Mungkin sbb saya dah letih nak buat persiapan kahwin ni kot,,,biasalah benda2 macam ni memerlukan ketelitian yang tinggi,,,macam mak saya dia cukup cerewet orangnya,,,saya pulak sangat simple,,,so,,bila pegi shopping berdua saya jadi sangat tensen sebab terpaksa ke sana ke mari semata2 nak cari satu benda,,,jangan tak tau mak saya pegi carik kain langsir hampir survey ke seluruh kedai area kuala terengganu,,,hukhuk,,penat sih,,,,Apa yang saya sangat-sangat nak buat sekarang adalah BERCUTI,,,,


p/s : Abg...Nak gi honeymoon kat genting boleh?,,,boleh main roller coaster sampai pengsan,,,hehe

Apr 3, 2011

2 AND 2 !



Tengok sticker hari ni,,perasan x,,,today is "2 and 2 day"...Today we have been engaged for 2 weeks & 2 days...and 2 months & 2 days more until our wedding day...what a beautiful day....:-)

Mar 8, 2011

88 days to go!

Pejam- celik pejam-celik dah 88 hari lagi!!!Nombor yang cantik 88....tiba2 lak rasa berdebar-debar,,,huhu




p/s: Bilalah si dia nak bagi tarikh kenduri bertandang,,,88 hari dah x lama,,,kad kahwin belum prepare ape2 lagi,,,sigh....

Feb 21, 2011

Baju cantik....Penting tak?

Baju sanding cantik...penting tak?Mestilah penting kan?nak pakai baju pengantin ni sekali seumur hidup je...Bukan nye saya ni model baju pengantin,,,,ada job je boleh pakai...Sebab tu lah saya berusaha mencari baju sanding yang cantik ni.Alahai kenapalah susah sgt nak carik baju untuk bersanding ni...dah sebulan mencari masih tak jumpa yang berkenan di hati....Sebenarnya saya sangat suka baju songket dark purple yang macam dalam majalah pengantin keluaran Februari,,,sangat tradisional dan elegan.Masalahnye,,sudah hampir separuh kedai di Ktrg ni saya survey,,tapi x de yang seiras2 macam baju cantik tu,,,Itulah sibuk sgt nak belek2 majalah pengantin tu,,,tak ke skarang dah angau nak carik baju idaman tuh,,,hukhuk....Nasib baik ada sorang akak kat butik pengantin ni nak tolong carikan,,,Tapi keputusannya hari khamis ni baru dapat jawapannya...in case kalau x dapat jugak baju tu,,terpaksalah menukar tema purple ke warna lain,,,,Hm,,,ni baru nak carik baju sanding,,,belum lagi pelamin,gift,barang hantaran,,hukhuk,,,,duit pun meluncur dengan lajunya,,,tambah lagi plak bulan ni kena bayar road tax,,,adoi......hari ni datang keje ngan kete abah,,sbb road tax kete wiraku dah mati....Sila tunggu gaji ye wiraku,,,sabar....

                                         Warna purple/lavender/lilac sangat sweeeeeeeet...kan?

Feb 9, 2011

Songket...Malays' Traditional Attire...

Songket is just wore by aristocracy in the past decade ago.It's malays' exclusive traditional attire...and yet until today,Malays' wear songket during their wedding even when attending  important ceremony. I would prefer songket too for my wedding.As for me,,,wearing songket plus it's accessories would reveal the beauty of malay girl and highlight the handsomeness of malay guy.I will feel proud to wear malays' traditional attire during on my big day.Nowadays,many of wedding designers innovate songket with lace.It pretty well too...but for me,,I prefer the original songket design with simple addition of beads.It could remain the traditional element of songket..However,the choice is in your hand....


Feb 7, 2011

Senarai Semak Bakal Pengantin



6-10 Bulan

1) Tentukan hari perkahwinan
2) Semak dengan Jabatan Agama Negeri berkenaan perkahwinan dan ikut peraturannya. - Penting untuk kes wali hakim, poligami, nikah bawah umur dan anak tidak sah taraf.
3) Berbincang dengan bakal isteri/suami mengenai perbelanjaan dan libatkan juga keluarga kedua-dua pihak.
*4)Tentukan tempat kenduri dilansungkan. Buat tempahan awal terutama bagi majlis di dewan atau hotel.
*5)Dapatkan juga pelan untuk ke lokasi majlis
*6)Hubungi Pengurus Katering untuk berbincang tentang pakej perkahwinan yang disediakan. Buat tempahan awal untuk mengelak kekecewaan
7) Pilih pengapit-pengapit anda
8) Berjumpa dengan florist dan jurugambar untuk berbincang tentang budget dan pilihan
9) Pilih baju nikah, baju kahwin dan baju sebelah bakal isteri/suami
10) Pilih baju untuk pengapit
11) Beli hantaran seperti pakaian, minyak wangi, alat solek semasa musim perayaan untuk mendapat diskaun
*12)Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai
13) Tentukan dimana anda berdua akan tinggal selepas berkahwin. Jika akan berpindah ke rumah baru, rancang peralatan dan perhiasan rumah baru supaya ianya siap pada masanya.
14) Sediakan satu folder untuk meletakkan borang, brochure, salinan fotokopi maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan anda

*15)Sediakan dokumen ini:
o Salinan Kad Pengenalan (min 10)
o Salinan Surat Beranak (min 3)
o Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
o Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport (min 5)
o Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan (min 3)
oKebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera
o Surat Perakuan Bujang dari majikan


4-6 Bulan

16)Poskan kad jemputan dan hebahkan kepada kawan dan sanak saudara
17)Pastikan keluarga menyediakan ucapan perkahwinan
18)Aturkan masa untuk fitting baju kahwin anda dan aksesori
19)Siapkan bilik atau rumah pengantin


3-6 Bulan

20)Hadiri kursus Pra Perkahwinan
21)Dapatkan kebenaran perkahwinan dari Jabatan Agama Negeri
22)Jumpa dengan Imam Jurunikah dan buat tempahan untuk majlis pernikahan
23)Dapatkan kebenaran jika ingin melangsungkan pernikahan di masjid
24)Buat rancangan/tempahan untuk berbulan madu
25)Buat tempahan hotel bagi sanak saudara yang datang dari jauh
26)Pilih cincin perkahwinan
27)Jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. Dapatkan borang ujian HIV di Jabatan Agama Negeri
28)Bantu keluarga anda mendapatkan baju yang sesuai dengan tema perkahwinan anda
29)Jika imunisasi diperlukan bagi bulan madu di luar negara, aturkan.
30)Semak tamat tempoh pasport. Pastikan terdapat minimum 6 bulan sebelum tamat tempoh
31)Tentukan aturcara majlis
32)Dapatkan seorang master-of-ceremony dan wakil keluarga pengantin
33)Tentukan warna baju, bunga, kek dan lain-lain.

2-4 Bulan

34)Sahkan kehadiran/tempat tinggal tetamu dan saudara dari luar negeri
35)Jadualkan temu janji dengan pendandan rambut dan mak andam
36)Datang ke hotel/dewan dan semak maklumat terperinci dengan pengurus catering
37)Tentukan jumlah tetamu yang hadir dan pelan tempat duduk
38)Lakukan pemeriksaan terakhir dengan jurugambar, tukang kek dan pemandu
39)Pastikan anda telah mempunyai pakaian 'istimewa' untuk bulan madu
40)Pastikan pakaian bagi ahli keluarga, pengapit telah siap
41)Aturkan rehearsal untuk bagi perkahwinan
.

7 Hari

42)Maklumkan kepada Pengurusan Katering jumlah tetamu dan semak senarai tetamu
43)Semak terperinci bunga, jurugambar dan muzik
44)Confirmkan' bulan madu anda dan mula berkemas
45)Buat 'rehearsal' dan betulkan masalah dengan segera. Sediakan jamuan ringan.
46)Pastikan tetamu anda tahu bagaimana untuk ke majlis anda. Letak papan tanda di tempat yang mudah dilihat.
47)Hubungi tetamu/saudara yang menginap di hotel tempahan mereka.


1 Hari

48)Berjumpa dengan sanak saudara anda yang datang dari jauh, dan pastikan mereka mempunyai tempat bermalam
49)Kemaskan semua barang yang anda perlu bawa ke tempat perkahwinan
50)Sediakan semua aksesori perkahwinan, barang kemas, pakaian dalam, pin, ubat dan barangan kecemasan.
51)Cari satu masa untuk bertukar-tukar hadiah dengan bakal pasangan anda.
52)Bawa pakaian anda sehari sebelum majlis ke hotel/rumah pengantin.



Hari Majlis

53)Jumpa pendandan rambut dan mak andam anda untuk solekan.
54)Makan sarapan supaya anda tidak kelaparan dan gelisah
55)Bertenang, banyak senyum dan ucap terima kasih kepada mereka yang membantu anda



Selepas Majlis

56)Kemas pakaian anda, pastikan tiada yang hilang terutama jika yang disewa
57)Hantarkan kek kepada tetamu yang tidak dapat hadir
58)Kemaskan hadiah yang diterima dan pastikan terdapat seseorang yang bertanggungjawab
59)Walaupun penat, pastikan anda tidak stress dan nikmatilah hari istimewa anda.

60)Selamat Pengantin Baru kepada anda....

Feb 2, 2011

Bersediakah Melangkah ke Alam Rumahtangga...

Bila merancang perkahwinan,,,rata-rata bakal pengantin sibuk memikirkan persiapan kenduri-kendara,,,dari sekecil-kecil benda sehinggalah sebesar-besarnya...Tema baju,design pelamin,,,dari gubahan hantaran,,,photography,,semua mahu kelihatan hebat dan sempurna,,,Saya tidak nafikan,,,perancangan awal memang penting,,,apatah mengadakan walimah yang cuma diadakan sekali seumur hidup....Tetapi persiapan perkahwinan bukan sekadar persiapan hari kenduri itu sahaja,,,Apa yang lebih penting adalah bagaimana menjalani kehidupan berumahtangga bersama pasangan tercinta...Tipu jika saya katakan saya sudah bersedia..Tidak ada sesiapapun berani mengatakan "saya sudah bersedia menjadi seorang isteri"...Tetapi ramai yang akan berkata,,saya akan buat yang terbaik untuk menjadi seorang isteri...Menjadi yang terbaik bukan mudah,,,perlukan ilmu, disiplin dan kesabaran yang tinggi...Rasa takut juga ada..takut jika tidak dapat menjadi isteri yang terbaik,,,Namun sampai bila mahu tunggu untuk rasa bersedia,,Saya yakin,,,sampai bila-bila pun saya tidak akan rasa bersedia,,,Sebab itu saya telah berfikir dalam-dalam tentang perkara kahwin ini...Apa yang penting,,mencari ilmu bagaimana menjadi isteri yang baik sebanyak mungkin dan bacalah buku-buku agama tentang indahnya perkahwinan di sisi islam.Rujuklah pada mereka yang berpengalaman dan didiklah hati menjadi muslimah yang lebih baik....Kenapa hati perlu dididik,,,sebab menjaga hati yang paling susah,,Jika hati kita bersih dan suci,,,maka baiklah keperibadian diri...Usah terpedaya dengan bisikan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan,,,melalaikan kita dari mengingati perkara perlu dan penting dalam melengkapkan diri melangkah ke gerbang perkahwinan,,,kelak nanti kite berasa ragu-ragu tentang matlamat sebenar sebuah pernikahan...Ingatkan aku Ya Allah,,,jika aku terhanyut dengan bisikan syaitan,,,

Jan 27, 2011

Bunga Tangan Comel!

 Bunga tangan yang comel..hehe...SUKA!

Warna violet sangat sesuai kalau dipakai baju white+purple!!!


Oh,,,yang ini super sweet....sesuai untuk majlis akad nikah..looks like fresh flower!mana nak carik ni...siap ada butterfly...saya super LIKE!


Yang ini pun comel...combination purple,,,pink and red rose!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...