6-10 Bulan
1) Tentukan hari perkahwinan
2) Semak dengan Jabatan Agama Negeri berkenaan perkahwinan dan ikut peraturannya. - Penting untuk kes wali hakim, poligami, nikah bawah umur dan anak tidak sah taraf.
3) Berbincang dengan bakal isteri/suami mengenai perbelanjaan dan libatkan juga keluarga kedua-dua pihak.
*4)Tentukan tempat kenduri dilansungkan. Buat tempahan awal terutama bagi majlis di dewan atau hotel.
*5)Dapatkan juga pelan untuk ke lokasi majlis
*6)Hubungi Pengurus Katering untuk berbincang tentang pakej perkahwinan yang disediakan. Buat tempahan awal untuk mengelak kekecewaan
7) Pilih pengapit-pengapit anda
8) Berjumpa dengan florist dan jurugambar untuk berbincang tentang budget dan pilihan
9) Pilih baju nikah, baju kahwin dan baju sebelah bakal isteri/suami
10) Pilih baju untuk pengapit
11) Beli hantaran seperti pakaian, minyak wangi, alat solek semasa musim perayaan untuk mendapat diskaun
*12)Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai
13) Tentukan dimana anda berdua akan tinggal selepas berkahwin. Jika akan berpindah ke rumah baru, rancang peralatan dan perhiasan rumah baru supaya ianya siap pada masanya.
14) Sediakan satu folder untuk meletakkan borang, brochure, salinan fotokopi maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan anda
*15)Sediakan dokumen ini:
o Salinan Kad Pengenalan (min 10)
o Salinan Surat Beranak (min 3)
o Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
o Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport (min 5)
o Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan (min 3)
oKebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera
o Surat Perakuan Bujang dari majikan
4-6 Bulan
16)Poskan kad jemputan dan hebahkan kepada kawan dan sanak saudara
17)Pastikan keluarga menyediakan ucapan perkahwinan
18)Aturkan masa untuk fitting baju kahwin anda dan aksesori
19)Siapkan bilik atau rumah pengantin
3-6 Bulan
20)Hadiri kursus Pra Perkahwinan
21)Dapatkan kebenaran perkahwinan dari Jabatan Agama Negeri
22)Jumpa dengan Imam Jurunikah dan buat tempahan untuk majlis pernikahan
23)Dapatkan kebenaran jika ingin melangsungkan pernikahan di masjid
24)Buat rancangan/tempahan untuk berbulan madu
25)Buat tempahan hotel bagi sanak saudara yang datang dari jauh
26)Pilih cincin perkahwinan
27)Jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. Dapatkan borang ujian HIV di Jabatan Agama Negeri
28)Bantu keluarga anda mendapatkan baju yang sesuai dengan tema perkahwinan anda
29)Jika imunisasi diperlukan bagi bulan madu di luar negara, aturkan.
30)Semak tamat tempoh pasport. Pastikan terdapat minimum 6 bulan sebelum tamat tempoh
31)Tentukan aturcara majlis
32)Dapatkan seorang master-of-ceremony dan wakil keluarga pengantin
33)Tentukan warna baju, bunga, kek dan lain-lain.
2-4 Bulan
34)Sahkan kehadiran/tempat tinggal tetamu dan saudara dari luar negeri
35)Jadualkan temu janji dengan pendandan rambut dan mak andam
36)Datang ke hotel/dewan dan semak maklumat terperinci dengan pengurus catering
37)Tentukan jumlah tetamu yang hadir dan pelan tempat duduk
38)Lakukan pemeriksaan terakhir dengan jurugambar, tukang kek dan pemandu
39)Pastikan anda telah mempunyai pakaian 'istimewa' untuk bulan madu
40)Pastikan pakaian bagi ahli keluarga, pengapit telah siap
41)Aturkan rehearsal untuk bagi perkahwinan.
7 Hari
42)Maklumkan kepada Pengurusan Katering jumlah tetamu dan semak senarai tetamu
43)Semak terperinci bunga, jurugambar dan muzik
44)Confirmkan' bulan madu anda dan mula berkemas
45)Buat 'rehearsal' dan betulkan masalah dengan segera. Sediakan jamuan ringan.
46)Pastikan tetamu anda tahu bagaimana untuk ke majlis anda. Letak papan tanda di tempat yang mudah dilihat.
47)Hubungi tetamu/saudara yang menginap di hotel tempahan mereka.
1 Hari
48)Berjumpa dengan sanak saudara anda yang datang dari jauh, dan pastikan mereka mempunyai tempat bermalam
49)Kemaskan semua barang yang anda perlu bawa ke tempat perkahwinan
50)Sediakan semua aksesori perkahwinan, barang kemas, pakaian dalam, pin, ubat dan barangan kecemasan.
51)Cari satu masa untuk bertukar-tukar hadiah dengan bakal pasangan anda.
52)Bawa pakaian anda sehari sebelum majlis ke hotel/rumah pengantin.
Hari Majlis
53)Jumpa pendandan rambut dan mak andam anda untuk solekan.
54)Makan sarapan supaya anda tidak kelaparan dan gelisah
55)Bertenang, banyak senyum dan ucap terima kasih kepada mereka yang membantu anda
Selepas Majlis
56)Kemas pakaian anda, pastikan tiada yang hilang terutama jika yang disewa
57)Hantarkan kek kepada tetamu yang tidak dapat hadir
58)Kemaskan hadiah yang diterima dan pastikan terdapat seseorang yang bertanggungjawab
59)Walaupun penat, pastikan anda tidak stress dan nikmatilah hari istimewa anda.
60)Selamat Pengantin Baru kepada anda....
No comments:
Post a Comment