Feb 2, 2011

Bersediakah Melangkah ke Alam Rumahtangga...

Bila merancang perkahwinan,,,rata-rata bakal pengantin sibuk memikirkan persiapan kenduri-kendara,,,dari sekecil-kecil benda sehinggalah sebesar-besarnya...Tema baju,design pelamin,,,dari gubahan hantaran,,,photography,,semua mahu kelihatan hebat dan sempurna,,,Saya tidak nafikan,,,perancangan awal memang penting,,,apatah mengadakan walimah yang cuma diadakan sekali seumur hidup....Tetapi persiapan perkahwinan bukan sekadar persiapan hari kenduri itu sahaja,,,Apa yang lebih penting adalah bagaimana menjalani kehidupan berumahtangga bersama pasangan tercinta...Tipu jika saya katakan saya sudah bersedia..Tidak ada sesiapapun berani mengatakan "saya sudah bersedia menjadi seorang isteri"...Tetapi ramai yang akan berkata,,saya akan buat yang terbaik untuk menjadi seorang isteri...Menjadi yang terbaik bukan mudah,,,perlukan ilmu, disiplin dan kesabaran yang tinggi...Rasa takut juga ada..takut jika tidak dapat menjadi isteri yang terbaik,,,Namun sampai bila mahu tunggu untuk rasa bersedia,,Saya yakin,,,sampai bila-bila pun saya tidak akan rasa bersedia,,,Sebab itu saya telah berfikir dalam-dalam tentang perkara kahwin ini...Apa yang penting,,mencari ilmu bagaimana menjadi isteri yang baik sebanyak mungkin dan bacalah buku-buku agama tentang indahnya perkahwinan di sisi islam.Rujuklah pada mereka yang berpengalaman dan didiklah hati menjadi muslimah yang lebih baik....Kenapa hati perlu dididik,,,sebab menjaga hati yang paling susah,,Jika hati kita bersih dan suci,,,maka baiklah keperibadian diri...Usah terpedaya dengan bisikan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan,,,melalaikan kita dari mengingati perkara perlu dan penting dalam melengkapkan diri melangkah ke gerbang perkahwinan,,,kelak nanti kite berasa ragu-ragu tentang matlamat sebenar sebuah pernikahan...Ingatkan aku Ya Allah,,,jika aku terhanyut dengan bisikan syaitan,,,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...