Kawan sangat penting bagi saya...Kawan saya lebih ramai perempuan berbanding lelaki...Saya juga lebih mudah untuk berkongsi masalah dengan mereka...Namun tidak saya nafikan sesetengah perkara saya senang juga berkongsi/bertanya perkara berkaitan dengan cinta dengan kawan lelaki...Mungkin untuk lebih memahami kaum yang bergelar lelaki dari sudut pandangan kaum mereka sendiri...Tapi bagi saya seorang gadis/perempuan harus lebih mementingkan kawan perempuan mereka berbanding kawan lelaki.Kenapa?Kerana setelah anda berkahwin atau bergelar isteri seseorang,,,anda tetap dapat berkawan dengan kawan perempuan anda seperti biasa...Tetapi setelah bertukar status,,,batas pergaulan antara kawan lelaki dan perempuan semakin harus dijaga.Kerana itulah saya ingin menasihati semua perempuan di luar sana agar menjaga hati kawan perempuan kamu,,,kerana dia mungkin akan menjadi kawan baik kamu untuk selamanya...Memang sukar untuk mencari kawan baik,,,kerana kita sentiasa melalui fasa yang berbeza sepanjang kehidupan kita...Dari kawan sekolah,,,memasuki universiti,,,sehingga ke alam bekerja,,,kawan-kawan di sekeliling kita mungkin berubah....Tetapi harus saya ingatkan diri sendiri agar tetap menjaga hubungan kawan ini tidak kiralah apa jua fasa yang saya lalui...Terutama kepada mereka yang bergelar kawan baik kita...Kerana kawan baik sukar dicari,,,Mereka yang bergelar kawan baik sanggup melalui susah senang bersama kita....Sungguh saya sangat sedih kerana telah kehilangan seorang kawan yang dianggap kawan baik saya suatu ketika dulu...Semoga Allah membuka pintu hatinya kembali dan menerima saya sebagai kawan baik,,,,Amin...
No comments:
Post a Comment