May 4, 2011

Budget kahwin...

Hari ini buat pertama kalinya saya ingin menulis tentang budget kahwin,,,saya sebenarnya tidak berapa "gemar" menulis bab2 duit ni,,,sebabnya apa yang saya tulis selalunya tak sama dengan apa yang saya spend...Jadi sia-sia saya rasakan mahu membuat budget yang detail,,,hukhuk...Dulu selalu dengar kat kenduri sepupu kahwin ke,,kawan ke,,,ada le yang bagi nasihat murni "simpanlah duit untuk kahwin,,,nanti banyak duit nak kena guna"...Tapi saya ni degil,,biasele,,,org yang time tu hidup takde boyfriend,,,maka x terfikir pun nak simpan duit utk kahwin,,,Walaubagaimana pun saya x pernah menyesal dengan apa yang saya spend selama ni..(theehehe...biasalah,,,moto hidup shopaholic,,,"Jangan sekali-kali menyesal dengan apa yang kamu belanjakan")...

Dan disebabkan oleh moto itu juga saya masih menjadi pencinta shopping yang tegar,,,(hikhik..)...ok..berbalik pada cite budget kahwin tadi,,,serius,,,saya x de simpanan utk kahwin,,,cuma masa saya mula2 bekerja dulu saya masih ingat saya ada buat potongan ASB sebanyak RM170++/month,,,Amaun ini akan dipotong terus dari akaun saya setiap bulan...dan saya tak boleh keluarkan duit pinjaman ASB ini selama 15 tahun,,,

Tetapi saya telah menutup akaun ini setelah 5 tahun saya mencarum....Saya terpaksa menutup walau tempoh matang belum tiba kerana semata2 untuk buat belanja kahwin,,,Alhamdulillah,,adalah sikit2 duit belanjanya,,,(ditambah dengan duit gaji setiap bulan...)...Sekarang,,,masuk gaji je terus habis beli barang kahwin,,hukhuk

Apa yang saya mahu nasihatkan di sini,,kepada para shopaholic yang x reti nak simpan duit cam saya ni,,,pinjaman ASB mungkin salah satu cara terbaik untuk anda menyimpan duit...sebabnya,,,kite tidak boleh sekali2 mengeluarkan duit tersebut sebelum tempoh matang ..(kire salah satu cara nakdisiplinkan diri lah)...Tapi still boleh keluarkan duit bonus yang kite dapat setiap tahun...(duit bonus setiap tahun tu pun habis sudah saya belanjakan,,,hohoho)

Dan saya mahu menasihati CIK LIANA yang bakal berkahwin tidak lama lagi agar MENGUBAH SIKAP ANDA YANG SANGAT SUKA BERSHOPPING ITU,,,,ZAMAN ENJOY ANDA SUDAH BERAKHIR........

p/s: Tapi shopping barang utkkahwin boleh kan?theeehee

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...