Bila terbaca artikel di bawah,,tiba2 saya menjadi takut,,,adakah solat saya selama ini diterima,,,atau solat saya nanti akan dibaling ke muka seperti kain yang buruk.Dan tiba2 saya review kembali,,,waktu2 saya bersolat,,,boleh dikatakan sesuka hati,,,selagi ia masih di dalam waktu...haish,,teruknya,,,kenapalah susah sangat nak mendisiplinkan diri sembahyang di awal waktu,,,
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Bila membaca hadis Rasulullah,,,di atas,,saya lagilah takut,,,berapa banyak kemurkaan Allah pada saya,,,Ya Allah,,,jauhkan aku dari perbuatan keji dan mungkar...memang saya tak nafikan memang susah untuk menghindar,,,apatah kite berada di laman ruang sosial yang tidak terbatas...Saya juga bukanlah terlalu baik orangnya,,cuma mengharap iman yang nipis di dada.Tapi sekurang-kurangnya saya masih diberi peringatan oleh-Nya setelah kadang-kala tersasar dari jalan-Nya.
10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
No comments:
Post a Comment