Jun 28, 2010

Bagaimana mahu menjadi orang yang hebat?

Bagaimana mahu menjadi orang yang hebat?Persepsi saya dahulu, orang yang kaya itu orang yang hebat, mereka mampu memiliki hampir semua yang mereka inginkan.Memandu kereta mewah, tidur di hotel mahal,makan makanan yang sedap dan dapat memiliki barang dan gadget yang mahal.Wah, begitu hebat kehidupan mereka. Namun, apabila saya semakin dewasa, persepsi terhadap orang yang hebat ini berubah. Lebih-lebih lagi apabila saya terbaca kisah adik nik nur madihah (pelajar yang mendapat 20A SPM dahulu)...Hati saya terdetik,,hebat sungguh adik ini.Dia bukanlah orang kaya yang hidup dalam kemewahan,,,tapi  kerana kehidupan yang dicipta sehari-hari itu menjadikan dia seorang yang hebat. Membaca kisah kehidupannya,,,membuatkan saya begitu kagum,,,berpuasa sunat isnin dan khamis sudah menjadi amalan,,apatah lagi bersolat tahajud di tengah malam,,,Ah,,,kalaulah saya...hari saya berpuasa,,itu sudah menjadikan saya lembik dan tidak bermaya untuk bekerja,,,tapi dia membuktikan yang puasa itu tidak semestinya kita harus menjadi lembik dan lemah.Malah,,,menjadi kekuatan untuk berjaya.Memang betul kata orang,,usia itu tidak menjamin kematangan...Selesai membaca kisah kehidupannya,,saya merasa malu sendiri.Jauh dewasa usia saya berbanding dia,,,namun jauh rendahnya kematangan saya berbanding dia.Mahu menjadi orang yang hebat?berusahalah untuk perbaiki amal kita setiap hari...peace

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...