May 13, 2015

Happy Birthday My Hero...

Assalamualaikum,,,

Semalam genap setahun anak soleh ibu!...Wah,,,rasa sangat cepat masa berlalu,,,huhu...Aqeel seorang anak yang sangat baik,,tak banyak ragam sangat berbanding kakak...senang nak jaga dan urus...Kurang 2 minggu umur setahun Aqeel dah mula bertatih,,,genap setahun dah slowly berjalan,,,Aqeel...ibu dan ayah sangat sayang awak,,,Hari-hari hantar Aqeel kat pengasuh mesti Aqeel say goodbye dengan buat flying kiss kat ibu,,,Ibu doakan Aqeel jadi anak yang soleh,,,menjadi Hafiz dalam keluarga kita,,,InsyaAllah,,,Amin...


Mar 22, 2015

Tiba-tiba dah tahun 2015!


Assalamualaikum,,,

Hye peeps...ada lagi ke yang baca blog yg dah usang ni,,,see my previous entry on 23 August 2013, and today is 22 March 2015,,,Fuyooo...lama gila dah tak update blog,,,,HAHAHA,,,okies x nak cite panjang-panjang,,nak tau apa perkembangan saya setahun lebih ni,,,just let the pictures talk....


Introducing our hero, Muhammad Aqeel Naufal...was born on 12 May 2014.


Now, I am a big sister aka "kak long"


Aidilfitri 2014...three months after delivered Aqeel


But, i am still ayah's sweetheart...


Aqeel is really a good boy

Kakak Rania with beautiful  gown


My little caliph


My little solehah


Thank You Allah...granted me with all of them...Alhamdulillah...


Aug 28, 2013

I'm Back!

Assalamualaikum,,,Hye peeps....

Dah lama tak menulis kat blog,,,alkisahnya,,,saya terlupa password blog,,,,hari ni baru boleh ingat balik,,,2-3 kali try,,,error,,,error,,,terus rasa stress dan tutup blog,,,wakakaka,,,

Huhu,,,last entry jan 2013,,,sekarang dah nak masuk sept 2013,,,kalau mengandung dah nak bersalin sorang lagi,,,,oh tidak,,,Rania belum nak dapat adik ye....itu hanya sekadar andaian semata-mata...

Well...selama 9 months ni dah banyak benda berlaku,,InsyaAllah,,,selepas ni i akan kembali mengaktifkan diri untuk berblogging.... Yeay,,dah dapat log in balik!!!!...

Jan 13, 2013

Susu Sedikit...Haruskah Saya Berputus Asa Saja...

Hye peeps,,,baca tajuk kat atas macam suspend je,,,sebenarnya saya sendiri pun tak tahu nak letak tajuk apa...Biasanya baca blog kawan2 mesti nak cerita pengalaman menyusukan bayi masing2,,,But in my case,,rasa2 nya macam tak sesuai kalau nak letak tajuk"My Breastfeed Journey". Sebab pengalaman yang saya ada tidak seindah ibu2 yang lain. Terus terang saya katakan kehadiran anak saya Nur Rania Athirah membawa seribu kegembiraan dalam hidup saya,,cuma satu yang sangat saya terkilan,,,Saya tidak berjaya menyusukan anak saya sepenuhnya dengan susu ibu. Memang sesetengah orang mengambil perkara ini masalah kecil,,,tapi saya anggapkan ia masalah yang besar buat diri saya. Bermula saat saya mengandung memang saya akui,,,saya terlepas pandang perkara ini,,Saya banyak mencari ilmu tentang amalan semasa mengandung,,menjaga anak kecil,suntikan vaksin dan sebagainya,,namun tidak terlintas di fikiran saya akan menghadapi masalah ini,,,Setelah saya melahirkan,susu saya hampir tiada, Maka saya terpaksa bagi susu FM kepada Rania. Namun saya tetap berusaha untuk menyusukan anak saya. Setelah 3 hari berurut barulah susu keluar,,itupun tak banyak. Masa tu saya berusaha direct feed anak saya, namun setiap kali nak breastfeed Rania,,dia akan menangis macam dicubit2. Sampaikan saya rasa tensen,,saya takut kalau2 anak saya tak mahu breastfeed dengan saya sampai bila2,,,dan itulah yang berlaku,,,sehingga sekarang Rania hanya nak susukan dengan botol sahaja.Saya hanya pump out sahaja susu saya.Itupun tak banyak. Perasaan saya? Hanya Allah yang tahu,,lebih2 lagi kalau orang bertanya kenapa tak breastfeed anak,,kenapa dah bagi FM?Puas saya menceritakan masalah saya,,namun saya melihat seolah2 mereka menyalahkan saya,,seolah2 saya tidak berusaha untuk menyusukan anak saya..Seolah2 saya MALAS untuk menyusukan anak saya.Kalaulah mereka tahu macam mana hati saya menangis ketika melihat anak saya minum susu FM dan anak orang lain mendapat khasiat banyak dari susu ibu,,,Kalaulah mereka tahu betapa hati saya ingin mendakap erat anak saya semasa menyusukannya,,,Kalaulah mereka tahu betapa sukarnya saya mencari waktu untuk mengepam susu saya semasa dalam pantang,,,(Kadang kala saya terpaksa meriba anak saya sambil mengepam susu,,disebabkan anak saya selalu menangis)...Bila saya join group KumpulanIbu menyusukan di FB,,rata2 ibu2 berbangga dengan kejayaan mereka siap post stok susu masing2 di FB.Ya,memang mereka berhak untuk merasa bangga atas penat lelah mereka.Sebab saya tahu,untuk menyusukan anak adalah tidak mudah. Ada yang mengiktiraf sijil sendiri dengan level tempoh penyusuan anak.Enam bulan exclusive bf dapat diploma,1 Tahun dapat degree,2 Tahun dapat PHD...Maybe untuk membakar semangat ibu2 untuk menyusukan anak mereka hanya dengan susu ibu.Kita lihat dari sudut positif,,Ya Bagus,,,Namun .kejayaan kita itu adakah kerana Kita Yang Berusaha atau DIA yang Memberi?Dalam keghairahan kita berusaha mungkin kita terlupa yang semua yang berlaku atas kehendakNya jua.Nikmat sihat,adalah dariNYA jua.Saya bukan menidakkan hebatnya susu ibu,,Saya percaya ianya anugerah tidak ternilai dari Allah buat anak-anak kita. Oleh kerana itulah sehingga saat ini saya masih pam susu saya walau kadang kala hasilnya cuma setitik dua. Walau sedikit hasilnya tapi saya tetap berdoa agar setitik dua itulah menjadi penawar hebat buat anak saya. Kuncinya adalah doa,Rahsianya adalah tetap bersyukur atas setiap kurniaanNya....

Jan 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013!

Selamat Datang 2013....Selamat Tinggal 2012...Alhamdulillah tahun 2012 meninggalkan banyak pahit manis dalam hidupku,,,,antara:

Kenangan manis:
1) Kenangan melahirkan Nur Rania Athirah pada 5 September 2012. Pengalaman bersalin pertama yang dilalui ukup hebat kurasakan kini lengkap sebagai seorang wanita. Terima Kasih Ya Allah atas kurniaan Mu

2)Pengalaman mengandung. Pertama kali merasakan ada hidupan lain di dalam perut. Subhanallah,,,,sangat hebat kuasaMu...

3)Pengalaman mempunyai anak sendiri.Pertama kali memegang anak sendiri hati berasa sebak,,,Inilah orangnya yang kukandung selama ini,pertama kali bertentangan mata dengannya inilah dia buah hati yang selalu mendampingiku ke mana sahaja,,,kini dia telah keluar berjumpa dengan ibunya,,,Ya Allah,,,hebat sungguh perasaan ini.

4)Dapat beli Galaxy note 2...hehehe...Dapat ambil gambar dan video Rania sepuas-puasnya....

5)Dapat set up bisnes kecil-kecilan dengan menjual sutera di page "Indah Sutera" via fb..Alhamdulillah...


Kenangan Pahit:
1)Pengalaman berpantang yang membawaku kepada stress kuasa dua....huhuhu.Itulah dugaan bagi seorang ibu.

2)Beratku naik mendadak sepanjang mengandung dari 56 kg ke 75 kg....Tembam sangat,,,Sekarang berat belum balik asal,,,stuck pada 63 kg...7 KG MORE TO REDUCE,,HUH...

3)Husband masih tak dapat tukar ke semenanjung,,,hancur luluh hatiku,,,hukhukhuhk

Kesimpulannya,,,Tahun 2012 membawa seribu kemanisan dalam secebis kepahitan...Alhamdulillah,,,Terima Kasih Ya Allah,,,,Kehadiran Nur Rania Athirah membawa perubahan besar dalam hidupku....Semoga Tahun 2013 membawa lebih erti kepada kami,,,Ku Mohon Ya Allah,,,satukanlah kami sekeluarga di bawah satu bumbung yang sama,,,agar kasih sayang antara kami lebih mekar bersemi,,,Amin...

Dec 12, 2012

Lagu dodoi Nur Rania Athirah...

Lailahaillallah...Muhammad Ya Rasulullah...
Lailahaillallah...Muhammad Ya Rasulullah...

Tidurlah anakku sayang,
Bermimpi sampai ke bintang,
Tidurlah Rania sayang,
Tidurlah sampai ke petang...

Ya Allah Ya Tuhanku,
Berkatilah anakku,
Selamatkanlah anakku,
Dunia dan akhirat...

Lailahaillallah...Muhammad Ya Rasulullah...
Lailahaillallah...Muhammad Ya Rasulullah...

Dengarlah anakku sayang,
Syair ku gubah untukmu,
Dengarlah Rania sayang,
Lagu ku nyanyi untukmu...

Ya Allah Ya Tuhanku,
Syukur kurniaan dariMu,
Jadikanlah anakku,
Taat pada perintahMu...

Ya Allah Ya Tuhanku,
Dengarlah rayuanku,
Jadikanlah anakku,
Taat pada perintahku...




Murah Rezeki Kamu Nak!

 
Yeay,,,banyak dapat baju...save duit ibu!

Hadiah-hadiah yang diterima Nur Rania Athirah...

 Terima kasih kepada semua yang datang melawat saya dan bagi duit/hadiah...Semoga Allah memberkati kalian semua,,,Amin
 



Nur Rania Athirah...

Nur Rania Athirah...

Nur- Cahaya
Rania-Kesenangan/Kegembiraan
Athirah-Yang Utama

Inilah maksud nama Nur Rania Athirah,,,,Cahaya Kesenangan/Kegembiraan Yang Utama....Semoga kehadiranmu sentiasa membawa kesenangan/kegembiraan kepada kami,,,,amin...

Anugerah Terindah...Nur Rania Athirah

Dec 3, 2012

Pengalaman Berpantang...

Hye..hari ni i nak citer pengalaman berpantang lak...Since i berpantang kat umah emak sendiri,so 2 minggu pertama like in a heaven.Cumanya masa tu dalam proses luka jahitan nak sembuh,,,so risau pasal nak jaga diri jee la.Makan minum semua mak yang uruskan,Husband pulak ambil cuti 12 hari,,so dapatlah i berehat puas2 time tu.Berurut,bertungku dan mandi air daun ape ntah...hee,,hee,,bestlah masa tu...

Haa..Lepas jee 12 hari tu,,duklah i kat umah dengan baby.Huk,,masa tu barulah tau susahnya nak jaga baby kecik ni,,Mungkin jugak sebab Rania ni x macam baby lain,,,masa pantang dia asyik nangisss je..letak kejap nangis,,tinggal kejap nangis...sampai nak makan pun sebelah tangan riba dia..nak gi toilet pun kena tahan dulu tunggu tok ki dia ada baru boleh pegi mandi,,haish,,masa tu rasa cam nangis,,,napelah susah sangat rasa nak jaga Rania ni.Pernah jugak Rania x mau tido2 sebelah malamnya,,,asyik nangis jee,,sampai kena bawa ke klinik,,,,check2 Dr kata sihat walafiat je....Rupa2 nya Rania ni kena ganggu ngan makhluk halus. Bawak berubat barulah berhenti menangis. Itupun masih lagi meragam,,cuma malam2 dia dah tidolah. Ada jugak yg ckp baby ni kalo asyik menangis je,,,maksudnya dia ada sawan tangis...

 So,masa berpantang i x macam org lain,,,serious mmg x de mood nak berbengkung bagai dah.Susah nak jaga diri sendiri kalo baby asyik nangis...Ada masa gi mandi dan makan pun dah syukur.Hari2 rasa sangat stress...nak cepat je masa berlalu sehari2.Bila mak i balik keje petang2 rasa cam nak melompat2 sbb dah boleh pass baby kat dia. Sebulan selepas tu,,keadaan jadi semakin baik sbb i dah beli buai utk dia,,,siap beli buai letrik lagi sbb bila bila buai berenti berayun je,,Rania terus jaga,,huhuhu,,,

14 Nov 2012 my husband balik,,Keesokannya kitorang buat kenduri cukur jambul Rania.Then malamnya terus kitorang bertolak ke KL.sbb ada family day sebelah husband kat sana.Kat sana jumpa sepupu Rania yang lebih kurang umur sama ngan dia.Best jee tangok baby org,,senang jee nak jaga,,tak nangis sangat,,nangis nak susu je,,,Kat KL disebabkan Rania asyik nangis tok nyang dia ada baca ayat bismillah enam supaya dia kurang menangis.Nampak macam berkesan sebab selepas tu dia taklah meragam sangat dan tangisannya x derlah sampai high pitch terus macam dulu,,,Sekarang Rania dah semakin ceria..Alhamdulillah,,,,,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...