Jan 13, 2013

Susu Sedikit...Haruskah Saya Berputus Asa Saja...

Hye peeps,,,baca tajuk kat atas macam suspend je,,,sebenarnya saya sendiri pun tak tahu nak letak tajuk apa...Biasanya baca blog kawan2 mesti nak cerita pengalaman menyusukan bayi masing2,,,But in my case,,rasa2 nya macam tak sesuai kalau nak letak tajuk"My Breastfeed Journey". Sebab pengalaman yang saya ada tidak seindah ibu2 yang lain. Terus terang saya katakan kehadiran anak saya Nur Rania Athirah membawa seribu kegembiraan dalam hidup saya,,cuma satu yang sangat saya terkilan,,,Saya tidak berjaya menyusukan anak saya sepenuhnya dengan susu ibu. Memang sesetengah orang mengambil perkara ini masalah kecil,,,tapi saya anggapkan ia masalah yang besar buat diri saya. Bermula saat saya mengandung memang saya akui,,,saya terlepas pandang perkara ini,,Saya banyak mencari ilmu tentang amalan semasa mengandung,,menjaga anak kecil,suntikan vaksin dan sebagainya,,namun tidak terlintas di fikiran saya akan menghadapi masalah ini,,,Setelah saya melahirkan,susu saya hampir tiada, Maka saya terpaksa bagi susu FM kepada Rania. Namun saya tetap berusaha untuk menyusukan anak saya. Setelah 3 hari berurut barulah susu keluar,,itupun tak banyak. Masa tu saya berusaha direct feed anak saya, namun setiap kali nak breastfeed Rania,,dia akan menangis macam dicubit2. Sampaikan saya rasa tensen,,saya takut kalau2 anak saya tak mahu breastfeed dengan saya sampai bila2,,,dan itulah yang berlaku,,,sehingga sekarang Rania hanya nak susukan dengan botol sahaja.Saya hanya pump out sahaja susu saya.Itupun tak banyak. Perasaan saya? Hanya Allah yang tahu,,lebih2 lagi kalau orang bertanya kenapa tak breastfeed anak,,kenapa dah bagi FM?Puas saya menceritakan masalah saya,,namun saya melihat seolah2 mereka menyalahkan saya,,seolah2 saya tidak berusaha untuk menyusukan anak saya..Seolah2 saya MALAS untuk menyusukan anak saya.Kalaulah mereka tahu macam mana hati saya menangis ketika melihat anak saya minum susu FM dan anak orang lain mendapat khasiat banyak dari susu ibu,,,Kalaulah mereka tahu betapa hati saya ingin mendakap erat anak saya semasa menyusukannya,,,Kalaulah mereka tahu betapa sukarnya saya mencari waktu untuk mengepam susu saya semasa dalam pantang,,,(Kadang kala saya terpaksa meriba anak saya sambil mengepam susu,,disebabkan anak saya selalu menangis)...Bila saya join group KumpulanIbu menyusukan di FB,,rata2 ibu2 berbangga dengan kejayaan mereka siap post stok susu masing2 di FB.Ya,memang mereka berhak untuk merasa bangga atas penat lelah mereka.Sebab saya tahu,untuk menyusukan anak adalah tidak mudah. Ada yang mengiktiraf sijil sendiri dengan level tempoh penyusuan anak.Enam bulan exclusive bf dapat diploma,1 Tahun dapat degree,2 Tahun dapat PHD...Maybe untuk membakar semangat ibu2 untuk menyusukan anak mereka hanya dengan susu ibu.Kita lihat dari sudut positif,,Ya Bagus,,,Namun .kejayaan kita itu adakah kerana Kita Yang Berusaha atau DIA yang Memberi?Dalam keghairahan kita berusaha mungkin kita terlupa yang semua yang berlaku atas kehendakNya jua.Nikmat sihat,adalah dariNYA jua.Saya bukan menidakkan hebatnya susu ibu,,Saya percaya ianya anugerah tidak ternilai dari Allah buat anak-anak kita. Oleh kerana itulah sehingga saat ini saya masih pam susu saya walau kadang kala hasilnya cuma setitik dua. Walau sedikit hasilnya tapi saya tetap berdoa agar setitik dua itulah menjadi penawar hebat buat anak saya. Kuncinya adalah doa,Rahsianya adalah tetap bersyukur atas setiap kurniaanNya....

4 comments:

  1. k.lia, aku pon salah sorang yang gagal nak bf walaupon anak kedua.. masa anak pertama, memang fail, sebab masa tu duk kat umah macam katak bawah tempurung.. ruginyer masa tu sebab masa anak pertama aku sorang surirumah tangga.. masa tu tak kuat semangat.. bila nipple crack, trus takot nak bagi baby bf... masa anak pertama rasanya bf tak sampai pon sebulan... selebihnya cuma susu tepung...

    then, bila pregnant anak kedua, niat dalam hati nak fully bf... tapi kalau tak diizinkan olehNya walaupon dah berusaha, tetap tak dapat... mula2 tu, memang fully bf... setiap masa baby asyik bergayut jer... tapi tetap kena kuning pastuh kena warded lak... duk kat hospital sangat ler menyeksakan... dah ler susah nak gerak, anak lak asyik nk menyusu jer...

    bila kuning dah takder, kat rumah baby tetap nk bergayut... malam2 aku takleh tido... air susu rasa macam banyak, tapi tak tau la kenapa... bapak aku kesian kat aku sebab tiap2 malam tak dapat tido... so, dia beranggapan susu aku tak cukup... dibelinya FM untuk menampung susu badan...

    yes, first time bagi FM aku rasa nak nangis... aku nampak kegagalan aku kat situ... tapi aku tak berani nak cakap... paham2 je la aku ni camner...lagipon baby cuma menyusu sebelah jer... sebelah lagi dia tak pandai nak isap sebab nipple tak timbul... salah aku gak sebab tak amik tau pasal nipple masa pregnant tu...

    so, skrg baby campur FM ngan BF... biarlah apa orang nak kata... dorang tak tau apa sebenarnya yang terjadi... maybe next baby kita boleh berjaya...

    ReplyDelete
  2. Saya pun mempunyai nasib yg sma spt saudari,nmun sy prcaya itulah rzki yg Allah bg wlupn c bnyk spt org lain. Sy pun sedih x dpt fully b/f. Namun Allah lbih mgtahui ap yg dtentukanNya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...