Hai, boringnye kalau asyik diganggu oleh orang yang kita tak suka. Sudah berkali-
kali kita katakan tak mahukan dia dalam hidup kita, tapi dia terus menghantar
mesej-mesej "jiwang" kepada kita. Rasa rimas dan benci.Mengapakah ada orang
yang tak faham-faham erti menyampah?
Sesetengah orang memang begitu sifatnya. Amat mementingkan diri sendiri
tanpa mahu mengerti suasana yang sedang kita lalui.Mungkin kita sedang sibuk,
mesyuarat, memandu, tidur atau sekadar mahukan kerehatan. Tapi dia tidak henti-henti menghantar mesej usang melalui SMS.
Setelah anda mendapat gambaran bahawa anda tidak diperlukan, maka pergilah dari situ.Cubalah tuah anda dengan orang lain pula.Usah terus diburu orang yang jelas mengatakan "saya tidak perlukan awak dalam hidup saya". Usah kecewa sangat dengan hal semacam itu.Tidak semua yang kita sangka baik untuk kita, sebenar-benarnya baik untuk kita.Banyak juga yang buruk tetapi rupa-rupanya ia amat baik bagi kita.Anda tidak mendapat dia hari ini, anda sangka itu amat buruk.Tidak!Jangan Silap;mungkin itu amat baik untuk anda kerana ia membuka peluang bagi anda mendapat yang lebih baik.
Andainya anda telah terhenti di situ, peluang untuk anda mendapat yang lebih baik telah tertutup. Tidakkah itu sesuatu yang merugikan? Kita selalu memaksa TUHAN memperkenankan semua yang kita hajatkan.Hingga kalau tidak dapat kita akan marah,merajuk dan menyalahkan takdir.Apakah anda tahu apa yang akan terjadi pada hari muka?Apakah anda tahu dia yang anda buru sebegini dahsyat pasti memberikan kebahagiaan pada anda?
Tiada siapa mengetahuinya.Malah mungkin orang yang anda amat dambakan itu rupa-rupanya memberikan anda banyak masalah. Tidak sedikit orang yang berjuang bermati-matian untuk mendapatkan seseorang, kemudian setelah mendapatnya terpaksa bermati-matian pula hidup dengan seribu satu keburukan-keburukannya.
Maka itu, jika anda sudah tidak diperlukan oleh seseorang, bawalah diri. Pergilah dari situ dan binalah hidup baru.Jelas, dia bukan terbaik untuk anda.Orang yang sedia melukakan hati anda, tak mungkin dia akan tergila-gilakan anda.Jika anda berjaya pun memerangkap dia, tidak mungkin dia akan turut gila sebagaimana anda.

Apa jua di sekeliling kita tidak menjanjikan kebahagiaan buat kita.Yang kita sangka membahagiakan itu juga datang bersama masalah.Kereta baru itu nikmat tapi kita juga dibebani masalah hutang yang banyak, mengahwini orang kaya itu membahagiakan tapi juga diburu takut miskin, dapat berkawan dengan orang handsome atau cantik itu membanggakan, tapi kita juga dibebani cemburu; pendek kata kesemua yang berada di sekeliling kita bukanlah teras untuk berasa bahagia tetapi ketahuilah yang dikatakan bahagia itu berada dalam diri anda sendiri.
SELAMAT MERASA BAHAGIA...
No comments:
Post a Comment