Jan 2, 2012

Ini harinya...

Ini harinya,,,suamiku akan kembali ke sarawak,,,ku kira masa sebulan inilah masa terpanjang yang pernah kami habiskan bersama sejak berkahwin 6 bulan yang lalu,,,Ku kira inilah waktu di mana kami saling mengenali lebih mendalam antara satu sama lain...Suamiku,,,sepanjang ku kenali dirimu,,,kamu adalah insan terbaik selain ibu bapaku yang melayaniku,,,Syukur Ya Allah menemukan aku dengannya,,,Tidak pernah sekalipun dia melayanku dengan buruk,,,,ataukah perkara ini dialami oleh semua pasangan yang baru berkahwin sahaja?Ku harap kamu akan tetap sama melayaniku sayang,,,sampai bila-bila pun,,,Hari ini,,ku dapat rasakan,,,banyaknya air mataku yang akan tumpah,,,sedangkan semalam pun aku sudah menangis,,,mana mungkin ku dapat membendung sedihnya rasa di hati setelah sebulan lebih kita bersama,,,Sayang, sebulan bersama, kini ku kenali siapa suamiku,,,Tidak pernah selama ini ku bermimpikan dapat suami sebaik kamu,,,Tahukah sayang,,,dulu lelaki bagaimanakah yang kuimpikan sebagai suamiku?...Ku impikan suamiku seorang yang ringan tulang,,selalu bersama-samaku melakukan sebarang aktiviti bersamaku...Kerana dengan itu aku akan rasakan engkau sentiasa ada bersama-samaku...Pernah juga aku berfikir,,manakan ada lelaki yang akan menggosok baju/tudung isterinya?manakan ada lelaki yang akan memasak bersama-sama isterinya?manakan ada lelaki yang suka menemani isterinya melipat baju,mengemas rumah,menyidai kain?Kerna kebanyakan lelaki tetap dengan egonya yang mahu isterinya melakukan semua tugas itu,,,Tapi tidak kamu,,suamiku,,,ku kira kamu cukup baik untukku,,,janganlah kamu merasakan aku suka memerintahkan itu ini kepadamu,,,sungguh,,,aku tidak bermaksud begitu,,kerana dalam pemikiranku,,suami isteri itu harus saling membantu,,saling melengkapi dan saling bergantungan sesama mereka,,,Syukur Alhamdulillah,sekarang Allah telah menganugerahkan kamu untukku,,,lelaki impianku....Terima kasih sayang....menjadi suami yang cukup memahamiku,,,,Maafkan aku sekiranya rajukku keterlaluan,maafkan aku kiranya tindakanku menyakitkan hatimu,,,ku sedar syurgaku tetap di bawah tapak kakimu,,,,Maafkan sayang ya!...

p/s: ku akan menunggu mu untuk kembali kepadaku

1 comment:

  1. abg pun sayang dan rindukan sayang jugak..... tak sabar nak berjumpa dengan sayang lagi nie.....
    dek kerana tugas di perantauan... kita terpaksa berjauhan lagi......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...