Mar 22, 2011

Tentang Dia...

Tentang dia yang tidak pernah saya bercerita di sini...
Bagaimana harus saya mulakan tentangnya....
Segalanya berlalu begitu pantas,,,
Dulu saya selalu terfikir-fikir,,,siapakah gerangan bakal mr right saya...

Jangan ditanya bilakah tarikh saya berkenalan dengannya,,,,
Saya sudah lupa...
Jangan ditanya bagaimanakah perasaan saya bila pertama kali berhubungan dengannya...
Sungguh saya sudah lupa....

Kehadirannya dalam hidup saya ketika itu saya anggapkan seperti kawan biasa,,,
Tidak pernah sekalipun saya terfikir yang dialah bakal jodoh saya.....

Tapi DIA telah menentukan yang terbaik buat saya,,,
Semakin hari saya menjadi semakin rapat dengannya...

Sungguh,,,saya tertarik dengannya bukan kerana rupa,
Jauh sekali  kerana status dan harta...
Tetapi kerana saya yakin yang dia adalah jodoh yang terbaik diciptakan buat saya...

Ada juga rakan saya bertanya bagaimana saya begitu yakin?
Saya juga tidak tahu,,,Tetapi saya pasti,,,,
Bila saya sentiasa merindui dia,,,
Bila saya sentiasa mahu tahu segalanya tentang dia...
Bila saya mahu sentiasa bertemu dengannya...
Bila saya mahu dia sentiasa mengambil berat tentang saya...
Bila saya mahu dia menyayangi saya...
Dan bila saya mahu dia mencintai saya...

Sayang...
Kita mungkin tidak seperti pasangan yang lain...
Sering menghabiskan masa dan waktu indah bersama...
Mempersiapkan persiapan perkahwinan bersama-sama...

Kadangkala saya berasa cemburu,,,
Melihat pasangan bakal pengantin di butik pengantin,,,
Sungguh bahagia kelihatan mereka memilih busana indah di hari bahagia...

Kadangkala saya berasa cemburu...
Bila melihat rakan yang bercinta berjam-jam berbual-bual di telefon...
Sungguh bahagia kelihatannya mereka...

Namun,,,
Tidak pernah saya merasa bahagia begini...
Menanti hari yang akan menyatukan kita...
Menanti hari yang akan menghalalkan segala...

Benar katamu,,,,segalanya hanya akan bermula bila halalnya sebuah ikatan...
Segalanya akan menjadi lebih manis jika kita menjaga perhubungan sekarang...

Sayang...
Hanya satu pintaku...
Untukmu dan hidupku....
Baik-baik sayang...
Kerna aku untukmu.....

1 comment:

  1. Walaupun laut cina selatan menjadi pepisah kepada kite... tetapi dengan adenya teknologi terkini...
    kita tetap dapat berhubung.....dengan pelbagai cara.....:-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...