Feb 28, 2010

Dugaan...

.
Sudah lama tidak menulis di sini...Busy sgtkah saya?rasanya tidak,cuma tidak tahu kenapa hati ini tidak mahu berkongsi duka,,,Ia macam mahu keras membeku di situ saja..Membaca post2 saya terdahulu, semacam mudah sahaja saya lalui kehidupan ini.tidak ada tangis duka..walhal jauh berbeza di alam nyata. Malah kehidupan saya kini semakin sibuk.Minggu lepas ayah n adik saya kemalangan jalan raya..Syukur,keduanya tidaklah parah.Rutin keluarga saya berubah...Melihat kesukaran abah untuk bergerak kini membuatkan hati saya sayu.Syukur saya bekerja di sini,,dapatlah sedikit sebanyak membantu.Tapi yang paling sibuk tentulah umi,,dia lah yang saban waktu menguruskan abah,,saya tahu dia sangat penat...dan saya juga tahu dia sangat risau meninggalkan abah keseorangan di rumah.Sepatutnya di usia sekarang dia sudahpun dapat berehat,,,tapi dugaan TUHAN itu tidak kira bila,,,cuma sebagai hamba kita harus tabah melaluinya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...